Monday, 5 March 2012

LAWATAN HOMEROOM JUJUR & CEMERLANG KE MELAKA


Alhamdulillah setelah beberapa kali ahli-ahli homeroom merancang untuk mengadakan aktiviti di luar akhirnya pada tahun ini Homeroom 5 Jujur dapat mengadakan lawatan ke Bandaraya Melaka. Lawatan ini merupakan gabungan 2 Homeroom iaitu HR JUJUR dan HR CEMERLANG.Jutaan terima kasih diucapkan kepada saudara Khairul Imran (HR Cemerlang) kerana bertungkus-lumus dalam merancang segala perjalanan aktiviti kali ini termasuk segala urusan surat-menyurat berkaitan aktiviti di MRSM ini.

Lawatan kali ini disertai seramai 38 orang ahli-ahli kedua-dua homeroom ini dan diiringi oleh 3 orang guru iaitu Ustaz Ilya Farhan (Penasihat HR JUJUR),Ustaz Taufik (Penasihat HR CEMERLANG) dan Ustaz Ridzuan beserta isterinya.Tepat jam 9.00 pagi semua ahli2 homeroom sudah berkumpul di hadapan Foyer pejabat.Aktiviti pertama ialah acara Bowling berpasukan di MIBC,Ayer Keroh Melaka.Seramai 10 team berentap termasuk guru2.

Kemudian aktiviti seterusnya ke Mydin Mall untuk membeli barang2 persiapan untuk UNGA 2012 yang akan berlangsung pada 6 Mac ini.Semua pelajar bertungkus-lumus mencari barang-barang yang diperlukan.Tepat jam 3.00 petang aktiviti seterusnya ialah ke Taman tasik Ayer Keroh.Para pelajar riang gembira bermain kayak,water ball,berbasikal  di tasik tersebut.Suasana ceria dan gembira terpancar di setiap wajah mereka sehinggakan ada yang basah kuyup kerana kayak mereka terbalik di tengah tasik.Tetapi Alhamdulillah tiada kecederaan serius berlaku kerana masing-masing memakai jaket keselamatan.Setelah penat mengayuh kayak akhirnya tiba masa untuk pulang ke asrama kembali.Setelah solat asar berjemaah kami terus pulang ke MRSM dan tiba jam 8.00 malam.

Akhirnya, semoga aktiviti kali ini dapat mengeratkan hubungan sesama kita disamping dapat menghilang segala tekanan di sekolah dengan adanya aktiviti seperti ini.Semoga pelajar2 sentiasa ceria dan berpuas hati dengan aktiviti yang telah diadakan pada kali ini.InsyaAllah pada masa akan datang kita akan mengadakan lagi aktiviti sebegini.Terima kasih sekali lagi kepada HR Cemerlang yang banyak membantu dalam menjayakan aktiviti kali ini dan tidak dilupakan juga kepada semua pelajar2 yang memberi kerjasama yang baik  semoga  Allah yang mampu membalas jasa kalian.Sekian…

Pilih je kasut mana pun xpe bukan shopping...huhu



Fatimah baling masuk longkang plak...huhu








Apai..sedang beradu di atas air...

Taman Tasik Ayer Keroh Melaka...