Wednesday, 8 February 2012

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, akhirnya blog Homeroom 5 Jujur MRSM Gemencheh 2012 dapat diwujudkan.Dengan segala usaha yang terdaya admin dapat mewujudkan satu rangkaian teknologi baru yang tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk mengeratkan hubungan & ukhuwwah diantara Guru Penasihat dengan ahli-ahlinya yang lain.Selain itu,blog ini juga dapat menjadi medan percambahan ilmu diantara kita selain dapat berbual dan merancang sesuatu aktiviti.InsyaAllah dengan terhasilnya blog ini, maka segala maklumat dan aktiviti homeroom 5 Jujur pada tahun 2012 ini dapat dirujuk melalui laman blog ini.Semoga blog ini dapat merapatkan ukhuwwah di antara kita tidak kira bangsa atau agama walau di mana kita berada.
Salam Ukhwah buat semua....